PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Lawatan Penanda Aras Pusat Perumahan Pelajar UKM ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Rombongan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diketuai oleh Encik Mohd Firdaus Bin Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM di sambut mesra oleh Kapt. Prof. Madya Ahmad Zaidi bin Sulaiman, Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar serta Encik Mohd Khairi Bin Rosli, Ketua Pusat Pengurusan Kediaman Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni dan staf dari Pengurusan Kediaman Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk melawat fasiliti di kolej-kolej kediaman UPNM serta untuk mengukuhkan kerjasama antara pihak kolej kediaman Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Pusat Perumahan Pelajar UKM. Lawatan ini dimulai dengan taklimat dari Encik Mohd Khairi Bin Rosli, Ketua Pusat Pengurusan Kediaman Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni dan Kapt. Prof. Madya Ahmad Zaidi bin Sulaiman, Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar. Sesi taklimat di teruskan dengan taklimat dari Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM. Pihak Pusat Perumahan Pelajar juga dibawa untuk melawat kolej-kolej di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) serta diberi penerangan mengenai kolej dan kemudahan yang ada di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Program Lawatan Penanda Aras ini telah berlangsung dengan jayanya dan pihak Pusat Perumahan Pelajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pusat Pengurusan Kediaman Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kerjasama bagi lawatan dan  maklumat  yang diberikan sewaktu program ini.

#pppukm

#pusatperumahanpelajarukm

#lawatanpenandaaraskeupnm

#lawatanpenandaarasukm