PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Lawatan Penanda Aras dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Pusat Perumahan Pelajar UKM telah menerima lawatan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diketuai oleh Puan Noora Binti Mohd Yusoff, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Lawatan penanda aras ini di sambut mesra oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM diiringi oleh Puan Annisa Syamella, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan  Dalam Kampus serta staf kolej kediaman UKM. 

Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk melawat kolej kediaman di UKM serta mengeratkan hubungan antara Pusat Perumahan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Pusat Perumahan Pelajar UKM. Pihak Perumahan Pelajar UniMap di bawa ke Kolej Ibu Zain dan Kolej Keris Mas untuk melihat fasiliti yang di sediakan di kolej sambil diberi penerangan mengenai fasiliti dan kemudahan yang ada di kolej oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM. Selain itu, pihak Pusat Perumahan Pelajar UniMap juga di bawa untuk melihat asrama premium antarabangsa di kolej Ibu Zain di UKM.

Lawatan ini telah berjalan dengan jayanya dan kami dari pihak Pusat Perumahan Pelajar UKM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pusat Perumahan Pelajar UniMap kerana sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke UKM bagi melawat kolej kediaman UKM sekaligus telah menjayakan lawatan penanda aras ini.

#pppukm

#pusatperumahanpelajar

#lawatanpenandaaras

#wecandoawesome