PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Bengkel Tatacara Pelaksanaan Pemeriksaan Premis Makanan Kolej Kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Bengkel Tatacara Pelaksanaan Pemeriksaan Premis Makanan Kolej Kediaman pada 25 Julai 2024 bertempat di Auditorium Siswa, Pusanika UKM dan telah dirasmikan oleh Encik Mohd Firdaus Bin Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM. 

Bengkel ini bertujuan untuk melatih kakitangan kolej kediaman dan Pusat Perumahan Pelajar untuk melaksanakan pemeriksaan kebersihan berkala terhadap kafeteria di kolej kediaman bagi memastikan kafeteria mematuhi standard penyediaan makanan. Selain itu, memberi penekanan kepada kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan makanan demi kesejahteraan para pelajar kolej kediaman.

Pusat Perumahan Pelajar telah menjemput Encik Muhamad Fitri Che Omar, Penolong Pegawai Kesihatan dari Pusat Kesihatan UKM, bagi memberi perkongsian meliputi aspek-aspek penting dalam cara menghidangkan makanan dan memberikan panduan tentang cara mengendalikan makanan dengan selamat untuk mencegah pencemaran dan penyakit bawaan makanan. Para peserta dibawa melawat kafeteria Kolej Ungku Omar bagi melihat cara pengendalian makanan dan memastikan cara penyediaan makanan dalam keadaan yang bersih. 

Bengkel Tatacara Pelaksanaan Pemeriksaan Premis Makanan Kolej Kediaman ini telah berlangsung dengan jayanya. Pusat Perumahan Pelajar UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini. 


#pppukm

#pusatperumahanpelajarukm

#universitikebangsaanmalaysia

#UniversitiWatanKita 

BULETIN PPP

Aktiviti

BENGKEL PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) 2025 PUSAT PERUMAHAN PELAJAR DAN KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pusat Perumahan Pelajar telah mengadakan Bengkel Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) 2025 Pusat Perumahan Pelajar dan Kolej Kediaman pada 26 …

Pekeliling

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BIL. 16/2024 – DASAR ARKIB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pengumuman

BORANG PERMOHONAN PENGINAPAN DI KOLEJ KE-13 (PANGSAPURI TAMAN TENAGA UKM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Penginapan di Kolej Ke-13, Pangsapuri Taman Tenaga, UKM bagi Semester 1 …