PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Bengkel Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) 2025 Pusat Perumahan Pelajar Dan Kolej Kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Pusat Perumahan Pelajar telah mengadakan Bengkel Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) 2025 Pusat Perumahan Pelajar dan Kolej Kediaman pada 26 Ogos 2024 bertempat di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Bengkel ini bertujuan untuk merancang dan mengurus peruntukan dan anggaran bajet secara berhemat dan berkesan untuk Pusat Perumahan Pelajar dan Kolej Kediaman bagi tahun 2025.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Mohd Firdaus Yahaya, dengan kehadiran Pengetua Kolej Kediaman dan Ketua Pentadbiran Kolej Kediaman UKM. Para staf Pusat Perumahan Pelajar turut memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran bengkel ini.Fokus utama bengkel ini adalah untuk membincangkan strategi pengurusan kewangan yang lebih teratur dalam pengurusan kewangan Kolej Kediaman UKM. 

Pusat Perumahan Pelajar UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Kerjasama yang erat ini diharapkan akan membawa kejayaan dalam setiap perancangan yang telah diatur.

#pppukm

#pusatperumahanpelajarukm

#bengkelABM2025

#UniversitiWatanKita

BULETIN PPP

Aktiviti

PROGRAM TAUTAN UKHWAH PPP : FAMILY FUN DAY

Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Program Tautan Ukhwah PPP: Family Fun Day pada 12 November 2024 (Selasa), yang bertempat di …

Aktiviti

LAWATAN  PENANDA ARAS PUSAT PERUMAHAN PELAJAR KE UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA)

Lawatan Penanda Aras Pusat Perumahan Pelajar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telah diketuai oleh Encik Mohd Firdaus bin Yahaya, …

Aktiviti

TAKLIMAT SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA) DAN SISTEM PRESTASI PENCAPAIAN KAKITANGAN KOLEJ KEDIAMAN & PUSAT PERUMAHAN PELAJAR 

Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Taklimat Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan Sistem Prestasi Pencapaian Kakitangan Kolej Kediaman dan Pusat …