PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Lawatan Penanda Aras Dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Ke Pusat Perumahan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Selasa, 3 Ogos 2024 – Pusat Perumahan Pelajar UKM telah menerima lawatan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang diketuai oleh Puan Mazlina Mustafa, Bahagian Penginapan dan Perkhidmatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Lawatan penanda aras ini di sambut mesra oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM dan kakitangan dari Pusat Perumahan Pelajar UKM. 

Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk melawat kolej kediaman di UKM serta mengeratkan hubungan antara Bahagian Penginapan dan Perkhidmatan UIA dan Pusat Perumahan Pelajar UKM. Pihak Bahagian Penginapan dan Perkhidmatan UIA di bawa ke Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ibu Zain dan Kolej Keris Mas untuk melihat bilik penginapan  dan fasiliti yang di sediakan di kolej kediaman sekaligus diberi penerangan mengenai fasiliti dan kemudahan yang ada di kolej kediaman. 

Lawatan ini telah berjalan dengan jayanya dan kami dari pihak Pusat Perumahan Pelajar UKM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Penginapan dan Perkhidmatan UIA kerana sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke UKM sekaligus telah menjayakan lawatan penanda aras ini.

#pppukm

#pusatperumahanpelajar

#lawatanpenandaarasUIA

#weDoAwesome