Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Bengkel Lonjakan Kualiti Pengurusan & Bengkel Kewangan pada 4 hingga 6 September 2023 di Mudzaffar Hotel, Melaka. Bengkel ini telah melibatkan seluruh warga PPP dan Kolej Kediaman yang terdiri daripada Ketua Pentadbiran dan Pembantu Tadbir Kewangan. Antara intipati bengkel tersebut adalah;
1. Pengurusan Bayaran Pembekal yang disampaikan oleh Cik Muni Syamimi dari Unit Bayaran Pembekal, Jabatan Bendahari.
2. Perancangan Anggaran Belanja Mengurus & One-Line Budgeting (OLB) yang disampaikan oleh En. Abdul Muiz dari Unit Bajet, Jabatan Bendahari
3. Perbincangan dan Pembentangan One-Line Budgeting (OLB) oleh Pusat Perumahan Pelajar & Kolej Kediaman yang dipengerusikan oleh En. Mohd Firdaus Yahaya, Pemangku Pengarah Pusat Perumahan Pelajar.
Semoga bengkel yang diadakan dapat memberikan hasil yang terbaik dalam membantu kakitangan menambahbaik lagi dari segi pengurusan kewangan. One-line Budgeting telah menjadi elemen tahunan yang penting dalam mencapai sasaran dan KPI yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.