Pusat Perumahan Pelajar UKM telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Pengurusan & Pentadbiran yang berlangsung dari 24 hingga 26 Februari 2025 di Zenith Hotel, Kuantan. Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan dan memperincikan deskripsi tugas kakitangan Pusat Perumahan Pelajar serta kolej kediaman UKM bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM, dan turut dihadiri oleh Ketua Pentadbiran kolej kediaman serta kakitangan Pusat Perumahan Pelajar UKM. Sepanjang bengkel, setiap Ketua Bahagian di Pusat Perumahan Pelajar dan Ketua Pentadbiran kolej kediaman membentangkan deskripsi tugas bagi setiap ahli kumpulan untuk memperkukuhkan kefahaman dan hala tuju organisasi.
Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya, Pusat Perumahan Pelajar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.
#pppukm
#WeDoAwesome
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#UniversitiWatanKita



































