Pada 24 – 26 Januari 2024 yang lalu Pusat Perumahan Pelajar telah mengadakan Bengkel Pengurusan Kualiti dan Penyelarasan KPI di Bayview Hotel, Pulau Pinang. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM. Antara inti pati bengkel ini adalah Bengkel Deskripsi Tugas, Bengkel Penyelarasan KPI dan Bengkel Penstrukturan Tadbir Urus Kakitangan PPP UKM yang telah disampaikan oleh Tuan Pengarah PPP UKM. Semoga dengan pelaksanaan bengkel ini, setiap kakitangan lebih memahami penstrukturan baharu PPP UKM dan tugas utama masing-masing.