Pusat Perumahan Pelajar telah mengadakan Bengkel Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) 2025 Pusat Perumahan Pelajar dan Kolej Kediaman pada 26 Ogos 2024 bertempat di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Bengkel ini bertujuan untuk merancang dan mengurus peruntukan dan anggaran bajet secara berhemat dan berkesan untuk Pusat Perumahan Pelajar dan Kolej Kediaman bagi tahun 2025.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Mohd Firdaus Yahaya, dengan kehadiran Pengetua Kolej Kediaman dan Ketua Pentadbiran Kolej Kediaman UKM. Para staf Pusat Perumahan Pelajar turut memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran bengkel ini.Fokus utama bengkel ini adalah untuk membincangkan strategi pengurusan kewangan yang lebih teratur dalam pengurusan kewangan Kolej Kediaman UKM.
Pusat Perumahan Pelajar UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Kerjasama yang erat ini diharapkan akan membawa kejayaan dalam setiap perancangan yang telah diatur.
#pppukm
#pusatperumahanpelajarukm
#bengkelABM2025
#UniversitiWatanKita