PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Bengkel Tatacara Pelaksanaan Pemeriksaan Premis Makanan Kolej Kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Bengkel Tatacara Pelaksanaan Pemeriksaan Premis Makanan Kolej Kediaman pada 25 Julai 2024 bertempat di Auditorium Siswa, Pusanika UKM dan telah dirasmikan oleh Encik Mohd Firdaus Bin Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM. 

Bengkel ini bertujuan untuk melatih kakitangan kolej kediaman dan Pusat Perumahan Pelajar untuk melaksanakan pemeriksaan kebersihan berkala terhadap kafeteria di kolej kediaman bagi memastikan kafeteria mematuhi standard penyediaan makanan. Selain itu, memberi penekanan kepada kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan makanan demi kesejahteraan para pelajar kolej kediaman.

Pusat Perumahan Pelajar telah menjemput Encik Muhamad Fitri Che Omar, Penolong Pegawai Kesihatan dari Pusat Kesihatan UKM, bagi memberi perkongsian meliputi aspek-aspek penting dalam cara menghidangkan makanan dan memberikan panduan tentang cara mengendalikan makanan dengan selamat untuk mencegah pencemaran dan penyakit bawaan makanan. Para peserta dibawa melawat kafeteria Kolej Ungku Omar bagi melihat cara pengendalian makanan dan memastikan cara penyediaan makanan dalam keadaan yang bersih. 

Bengkel Tatacara Pelaksanaan Pemeriksaan Premis Makanan Kolej Kediaman ini telah berlangsung dengan jayanya. Pusat Perumahan Pelajar UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini. 


#pppukm

#pusatperumahanpelajarukm

#universitikebangsaanmalaysia

#UniversitiWatanKita 

BULETIN PPP

Aktiviti

LAWATAN  PENANDA ARAS PUSAT PERUMAHAN PELAJAR KE UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA)

Lawatan Penanda Aras Pusat Perumahan Pelajar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telah diketuai oleh Encik Mohd Firdaus bin Yahaya, …

Aktiviti

TAKLIMAT SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA) DAN SISTEM PRESTASI PENCAPAIAN KAKITANGAN KOLEJ KEDIAMAN & PUSAT PERUMAHAN PELAJAR 

Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Taklimat Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan Sistem Prestasi Pencapaian Kakitangan Kolej Kediaman dan Pusat …

Pengumuman

IKLAN/HEBAHAN – BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN MESIN DOBI LAYAN DIRI DI PUSAT LATIHAN DAN KEMUDAHAN PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (PPP), UKM BERANANG