PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Kursus Pengurusan Rekod Dan Fail Pejabat Anjuran Pusat Perumahan Pelajar UKM

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Pejabat anjuran Pusat Perumahan Pelajar UKM telah berlangsung pada 25 Jun 2024 bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Alumni-UKM dan di Pejabat Pusat Perumahan Pelajar UKM. Kursus Pengurusan Rekod dan Fail Pejabat ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta dalam menguruskan Rekod dan Fail Pejabat dan dapat memberi manfaat kepada organisasi […]

Lawatan Penanda Aras dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pusat Perumahan Pelajar UKM telah menerima lawatan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diketuai oleh Puan Noora Binti Mohd Yusoff, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Lawatan penanda aras ini di sambut mesra oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM diiringi oleh Puan Annisa Syamella, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan  […]

Lawatan penanda aras Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke Pusat Perumahan Pelajar UKM

Rombongan UMK diketuai oleh Dr. Norazlinda Binti Mohamed Rosdi, Dr. Azira Hanani Binti Ab Rahman Dan Dr. Noor Hafizoh Binti Saidan serta pelajar-pelajar daripada UMK seramai 55 orang pelajar. Lawatan pihak UMK disambut baik oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, En Mohd Firdaus Yahaya dan Ketua Pentadbiran PPP, Encik Danny Hamidon Omar menyantun rombongan daripada UMK […]

BENGKEL PENGURUSAN KUALITI DAN PENYELARASAN KPI PUSAT PERUMAHAN PELAJAR

Pada 24 – 26 Januari 2024 yang lalu Pusat Perumahan Pelajar telah mengadakan Bengkel Pengurusan Kualiti dan Penyelarasan KPI di Bayview Hotel, Pulau Pinang. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM. Antara inti pati bengkel ini adalah Bengkel Deskripsi Tugas, Bengkel Penyelarasan KPI dan Bengkel Penstrukturan Tadbir Urus […]

Pertandingan Bowling Pusat Perumahan Pelajar (PPP) Bersama Bahagian Sumber Manusia (BSM)

Telah berlangsungnya pertandingan bowling persahabatan antara Team Perumahan UKM yang diketuai oleh En Mohd Firdaus Yahaya dan Team BSM UKM yang diketuai oleh Tuan Haji Zanudin Mohd Daud. Pertandingan ini diadakan di Ampang Superbowl Bangi Gateway dan sebanyak 20 pasukan telah bertanding. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada […]

Program Khidmat Masyarakat Di SMK Seri Desa, Tanjung Karang

Pada hari Sabtu (9 September 2023) yang lalu, seluruh warga Pusat Perumahan Pelajar melalui Pusat Latihan dan Kemudahan PPP UKM bersama masyarakat setempat telah mengadakan Gotong Royong Madani di SMK Seri Desa, Tanjong Karang. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkasa dan mempromosikan UKM sebagai Universiti Watan kepada masyarakat setempat sekaligus menguar-uarkan fasiliti dan kemudahan […]

Bengkel Lonjakan Kualiti Pengurusan & Bengkel Kewangan PPP Bersama Kolej Kediaman

Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Bengkel Lonjakan Kualiti Pengurusan & Bengkel Kewangan pada 4 hingga 6 September 2023 di Mudzaffar Hotel, Melaka. Bengkel ini telah melibatkan seluruh warga PPP dan Kolej Kediaman yang terdiri daripada Ketua Pentadbiran dan Pembantu Tadbir Kewangan. Antara intipati bengkel tersebut adalah; 1. Pengurusan Bayaran Pembekal yang disampaikan oleh Cik Muni […]