PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

Kursus Pengurusan Rekod Dan Fail Pejabat Anjuran Pusat Perumahan Pelajar UKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Pejabat anjuran Pusat Perumahan Pelajar UKM telah berlangsung pada 25 Jun 2024 bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Alumni-UKM dan di Pejabat Pusat Perumahan Pelajar UKM. Kursus Pengurusan Rekod dan Fail Pejabat ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta dalam menguruskan Rekod dan Fail Pejabat dan dapat memberi manfaat kepada organisasi dalam menguruskan pentadbiran dengan lebih berkesan dan cekap. Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Pejabat ini dirasmikan oleh Encik Mohd Firdaus Bin Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UKM.

Pusat Perumahan Pelajar telah menjemput Encik Muhammad Amirul Abdul Razak, Penolong Pendaftar dan Puan Nurul Husna Shamsani, Penolong Pegawai Tadbir di Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan Jabatan Pendaftar bagi memberi taklimat dan membantu memperkukuhkan pemahaman mengenai pengurusan fail dan rekod pejabat kepada semua kakitangan di Pusat Perumahan Pelajar UKM.                         

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Pejabat ini telah berlangsung dengan jayanya dan Pusat Perumahan Pelajar UKM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Pejabat ini.


#pppukm

#pusatperumahanpelajarukm

#universitikebangsaanmalaysia

#UniversitiWatanKita