Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Taklimat Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan Sistem Prestasi Pencapaian Kakitangan Kolej Kediaman dan Pusat Perumahan Pelajar pada 18 Oktober 2024 bertempat di Bilik Konvensyen, Aras 1, Kolej Keris Mas. Taklimat ini rasmikan dengan ucaptama dari Encik Mohd Firdaus Bin Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar dan sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Danny Hamidon Omar, Ketua Pentadbiran Pusat Perumahan Pelajar.
Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan elemen penting dalam pengurusan sumber manusia di sektor awam. Disamping itu, Sistem Prestasi Pencapaian kakitangan memainkan peranan penting dalam menilai dan meningkatkan kualiti kerja kakitangan.
Taklimat Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan Sistem Prestasi Pencapaian Kakitangan ini telah berlangsung dengan jayanya. Pusat Perumahan Pelajar UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini.
#pppukm
#PusatPerumahanPelajarUKM
#Universiti KebangsaanMalaysia
#UniversitiWatanKita
#TaklimatSSPA