Latar Belakang
Persatuan Kakitangan Akademik UKM atau lebih dikenali sebagai PKAUKM adalah wadah terbaik untuk ahli akademik sama-sama mengorak langkah dalam pembentukkan pendidikan tinggi Negara. Selaras dengan moto PKAUKM iaitu ‘Cakna kebajikan Ahli’ ia melambangkan aspirasi warga akademik untuk mendapatkan pembelaan sekiranya hak asasi sebagai seorang guru dan pensyarah tergugat. PKAUKM mula mengorak langkah pada awal tahun 1980’han dalam memastikan kebajikan akademia terjamin. Pada masa tersebut fokus utama adalah untuk mendidik anak bangsa yang dapat mendepani alaf baharu dari sudut kompetensi dan jati diri kebangsaan di alam pekerjaan.
Apabila UKM di istiharkan sebagai sebuah universiti penyelidikan pada tahun 2007, bahang transformasi daripada sebuah universiti yang berteraskan pengajaran dan pendidikan berubah kepada urusan teras iaitu penyelidikan dan penerbitan. Visi dan misi PKAUKM turut berubah sejajar dengan kehendak UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan terulung di Malaysia. Di masa ini pelbagai cabaran terpaksa ditempuh oleh warga akademia untuk menyahut cabaran antara menggapai ‘ranking dunia’ dalam penerbitan dan kebajikan akademik dari aspek kepuasan ditempat kerja.
Di tahun 2018 UKM masih berdiri teguh sebagai universiti penyelidikan dengan ekosistem yang bertambahbaik semenjak dibangunkan sedekad yang lalu. PKAUKM sebagai sebuah entiti yang cakna kebajikan warga akademia perlu mengimbangi antara kedua tuntutan ini iaitu dalam ‘mencemerlangkan’ UKM di persada dunia, ia juga tidak lupa untuk memastikan kebajikan ahli akademik terpelihara.
Kini, UKM tampil dengan citra baru melalui garis tanda “Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan’. Garis tanda ini memberi keyakinan kepada warganya untuk mengembangkan bakat yang dimiliki, tempat memupuk kebolehan, labuhan untuk berkarya dan berjaya dalam karyaan tersebut, kerana di sini mereka disediakan dengan prasarana untuk memiliki masa depan yang gemilang, “ UKM Menjuarai”.
Moto:
Cakna Kebajikan Ahli
Visi:
Wadah ahli akademik disegani dan memartabat UKM ke arah kecemerlangan
Misi:
Menjadi pusat permuafakatan ahli dan pencetus budaya kerja cemerlang beracuankan nilai murni universiti
Objektif:
-
- 1. Memelihara kepentingan-kepentingan dan kebajikan anggota-anggotanya.
- 2. Menjalankan usaha-usaha supaya UKM sentiasa membayangkan falsafah kebangsaan
- 3. Mewujudkan satu masyarakat akademik yang tulen.
- 4. Menjunjung dan mempertahankan kebebasan akademik yang menjadi syarat utama bagi pengajian, penyebaran, dan perkembangan ilmu pengetahuan; dan
- 5. Menjunjung dan mempertahankan autonomi Universiti.