PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT

CENTRE FOR CORPORATE COMMUNICATIONS

Search
Close this search box.

Pengenalan

Bahagian Media Digital PKK menyelaras dan mengurus Portal Rasmi UKM, Media Sosial Rasmi UKM (Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok), Portal Berita UKM dan Laman Web PKK, selaras dengan visi dan misi UKM menyediakan informasi yang tepat dan terkini.

Portal UKM dan Media Sosial merupakan penghubung antara Universiti dan masyarakat. Semua maklumat seperti kemasukan ke UKM, penyelidikan di UKM, acara rasmi universiti, hebahan, maklumat dalam bentuk video akan dimuat naik untuk tontonan dan informasi kepada warga universiti dan masyarakat.

Pada masa ini semua fakulti, institut penyelidikan dan pusat perkhidmatan di UKM mempunyai laman web dan media sosial sendiri dan diuruskan oleh webmaster masing-masing. Pusat Komunikasi Korporat bertindak menyelaras dan menetap garis panduan pembangunan laman web semua PTJ di UKM.

Portal & Laman Web

  1. Membangun dan mengurus Portal Rasmi UKM, Portal Berita UKM dan laman web PKK dari semasa ke semasa menggunakan teknologi dan kaedah terbaru pembangunan web.
  2. Memastikan maklumat sentiasa mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh MAMPU.
  3. Memastikan portal dan laman web mempunyai struktur, rekaletak dan penyampaian maklumat yang tersusun, lengkap dan mudah dicapai.
  4. Memantau setiap maklumat agar maklumat yang dipapar adalah tepat, tersusun dan terkini.
  5. Membantu setiap webmaster PTJ, UKM dari segi penyediaan garis panduan pembangunan web, latihan, khidmat nasihat dan khidmat teknikal.

Media Sosial

  1. Mengurus dan memuat naik hebahan, foto/ video acara universiti, video acara dan menyediakan kandungan kreatif untuk Facebook, Twitter, Instagram dan Tik Tok.
  2. Mengurus permohonan LIVE di Facecook, permohonan hebahan melalui emel, menjawab semua pertanyaan di kotak mesej media sosial dan 
  3. Menjalankan pengiklanan secara berkesan untuk meningkatkan visibiliti UKM di peringkat antarabangsa.

Sebarang permohonan pengumuman di Media Sosial Rasmi UKM dan FB Live di Facebook Rasmi UKM perlu dimohon melalui emel mediasosial@ukm.edu.my.

Permohonan hendaklah dihantar sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum acara bermula.

Sebarang permohonan maklumat baharu dan pengemaskinian maklumat di Portal UKM hendaklah di emel ke pkk@ukm.edu.my

Permohonan yang berjaya akan diproses dalam masa 7 hari bekerja.

  1. Garis panduan PKK
  2. Pembangunan Laman Web PTj
  3. Pembangunan Media Sosial
  4. Garis panduan untuk memuat naik foto dalam Laman Web dan Media Sosial

Hubungi

Mohd Noor Ramly
Pegawai Teknologi Maklumat
Tel: +603 8921 4909/ 4254
Emel: mdnoor@ukm.edu.my