PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT

CENTRE FOR CORPORATE COMMUNICATIONS

Search
Close this search box.

Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali

pengarah pusat komunikasi korporat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita masih diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah ke hadapan dengan berpaksikan kepada sebuah matlamat yang sama iaitu bagi merealisasikan visi dan misi untuk memajukan universiti watan yang kita cintai ini.

Untuk makluman semua, Pusat Komunikasi Korporat (PKK), Universiti Kebangsaan Malaysia ialah sebuah entiti yang bertanggungjawab bagi mengendalikan segala urusan komunikasi dalaman  dan luaran yang melibatkan pelajar, orang ramai, alumni dan media demi memastikan imej baik universiti sentiasa terpelihara.

Semoga melalui pewujudan laman web ini dapat membantu lebih ramai pengguna baik dalam kalangan warga universiti mahupun pihak luar untuk memahami dengan lebih dekat berkenaan fungsi Pusat Komunikasi Korporat, UKM. Saya juga turut mengalu-alukan sebarang bentuk idea dan maklumat untuk dikongsikan bersama seluruh warga PKK khususnya dan amnya buat warga UKM dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti dan  kredibiliti bersama.

Akhir kalam, diharapkan semua pengunjung laman web ini dapat memanfaatkan sebaik mungkin input dan maklumat yang ada sebagai satu sumber rujukan yang jelas.

Sekian.