Hari Wanita Kebangsaan 2015- Raikan Kegemilangan
PUTRAJAYA 24 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015 bertemakan ‘Raikan Kegemilangan’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Pada majlis itu Perdana Menteri menyampaikan watikah pelantikan Kursi Kepimpinan Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada Tan Sri Rafiah Salim.
Turut menerima watikah ialah Ahli Majlis Penasihat dan Perundangan Wanita ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebagai Pengerusi dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Sabariah Hassan sebagai Timbalan Pengerusi.
Antara yang dilantik sebagai anggota majlis ialah Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah, Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk Jamelah Abu Bakar , Low Ngai Yuen dan Prof. Madya Dr. Madeline Berma – UTUSAN ONLINE.