Luncheon Talk Penyandang Kursi Kepimpinan Wanita, Y.Bhg. Tan Sri Datuk (Dr.) Rafiah Salim

Pada 19 Julai 2018 bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim telah menganjurkan majlis Luncheon Talk Penyandang Kursi Kepimpinan Wanita yang disampaikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Datuk (Dr.) Rafiah Salim bertajuk Women Directors in Men’s World. Seramai 115 telah hadir dalam majlis berkenaan yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian, NGO, industri dan institusi pengajian tinggi.