Program Bootcamp Wanita Muda 2019

Pada 28 Februari 2019 yang lalu, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Gerakan Kemanusiaan Malaysia dan Pusat Belia Antarabangsa telah mengadakan Program Bootcamp Wanita Muda sempena Women Fest 2019. Program ini telah berlangsung di Bilik Majlis, Canselori, UKM. Program ini juga telah disertai oleh bakal pemimpin-pemimpin wanita dari seluruh Malaysia. Antara barisan penceramah yang terlibat dalam program ini adalah Pengarah PKWTFH, Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak; Timbalan Pengarah PKWTFH, Prof. Madya Dr. Jamaluddin Aziz dan Pengarah UKM-CESMED, Prof. Datin Dr. Shamshubaridah Ramlee.