Sumbangan Ramadan Sempena Program Tautan Kasih 2019

Salam Ramadan Kareem

Bersempena dengan Program Tautan Kasih pada tahun ini, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim akan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti, Puchong, Selangor. Sumbangan tersebut akan diberikan pada 25 Mei 2019.

Oleh itu, PKWTFH menjemput tuan/puan yang bermurah hati untuk membuat sebarang bentuk sumbangan sama ada dari segi kewangan mahupun barangan keperluan asas. Sebarang pertanyaan mengenai sumbangan yang ingin dihulurkan boleh menghubungi Puan Azlin di talian 03-8921-4795. Tarikh akhir untuk membuat sumbangan adalah pada 21 Mei 2019.

Terima kasih.