Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar 2019

Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar 2019 telah berlangsung pada 20 Jun 2019 di Ballroom Wisma Wanita, Kota Kinabalu, Sabah. Seminar ini dianjurkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dan Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim. Antara penceramah yang terlibat adalah Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak (Teknologi Efektif untuk Kepimpinan), Prof. Madya Dr. Madeline Berma (Peranan Wanita dalam Pembangunan Luar Bandar dan Dasar Kerajaan) dan Datin Nor Zaina Ghani (Pembangunan Kepimpinan Wanita dalam Komuniti)