Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Zon Tengah

Pada 3 September 2019, Institut Kemajuan Desa (INFRA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menganjurkan Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Zon Tengah di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi. Antara penceramah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang hadir memberi ceramah adalah Mantan Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali; Pengarah PKWTFH, Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak dan Prof. Datin Dr. Shamshubaridah. Seramai lebih 700 orang peserta wanita dari luar bandar daripada seluruh daerah negeri Selangor dan Negeri Sembilan hadir pada seminar kali ini.