OECD Asian Public Governance Forum on Gender Equality and Mainstreaming

 

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim dengan kerjasama OECD Korea Policy Centre telah menganjurkan OECD Asian Public Governance Forum on Gender Equality and Mainstreaming pada 12 dan 13 Disember 2019 bertempat di Bilik Majlis, Aras 5 Bangunan Canselori UKM. Forum antarabangsa ini telah disertai oleh delegasi Malaysia dan peserta dari negara-negara anggota The Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) antaranya Korea Selatan, Singapura, Kanada, Filipina, Thailand, Kemboja, Indonesia, Ireland, Australia, Vietnam dan Laos.
Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Puan Tatyana Teplova, Timbalan Ketua Bahagian Kajian Tadbir Urus dan Rakan Strategik, Direktorat Tadbir Urus Awam OECD.