JEMPUTAN WEBINAR PROGRAM KEPIMPINAN WANITA: MEMBINA PEMIMPIN MASA HADAPAN

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat akan menganjurkan Webinar: Program Kepimpinan Wanita: Membina Pemimpin Masa Hadapan yang membincangkan topik-topik menarik berkaitan kepimpinan yang disampaikan oleh para penceramah hebat serta mahir dalam topik berkaitan.

Kami menjemput para hadirin untuk menyertai webinar ini serta menggalakkan penyertaan daripada mahasiswi-mahasiswi dan wanita muda dalam usaha membentuk lebih ramai kepimpinan wanita yang cemerlang pada masa hadapan.

Webinar ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Disember 2020 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi 5.00 petang

Pendaftaran dan penyertaan webinar menerusi Aplikasi Zoom ini boleh dilakukan di pautan: https://tinyurl.com/pkwwebinar

Sekian, terima kasih.