Pautan Tontonan Webinar Women Businesses Post Covid: Staying Alive

 

Mari sama-sama tontoni sesi ulangan webinar Women Businesses Post Covid: Staying Alive yang telah berlangsung baru-baru ini bersama Datuk Dr. Hafsah Hashim, Penasihat Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di Bank Islam Malaysia dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp.). Antara perkara yang telah dikongsi bersama adalah cabaran-cabaran yang sering dihadapi usahawan wanita dalam perniagaan, strategi usahawan wanita meningkatkan keupayaan dan potensi perniagaan dalam menghadapi pandemik Covid-19 serta nasihat dan tips kepada usahawan muda dalam mengharungi cabaran perniagaan dalam norma baharu. Webinar ini merupakan kerjasama antara Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim UKM dan Female Entrepreneurs Worldwide (FEW).