Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-64

 

Seluruh warga kerja Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64! #Malaysia Prihatin. Mari kita sama-sama bersyukur dengan Kemerdekaan dan Kebebasan yang dicapai selama ini. Malaysia mampu kekal aman sekiranya setiap kita mengamalkan sifat empati dan prihatin dengan nasib mereka yang di sekeliling kita. Sama-sama kita saling bantu-membantu dan bekerjasama dalam semua bidang tidak kira etnik, agama dan budaya.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!