JEMPUTAN MENYERTAI SIMPOSIUM PARLIMEN MALAYSIA 2021

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM menjemput hadirin menyertai Simposium Parlimen Malaysia 2021 anjuran Parlimen Malaysia yang membawakan tema “Wanita dan Belia: Mewarnai Landskap Kepimpinan Negara” pada 22 Oktober 2021 (Jumaat) jam 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari. Simposium akan dimulakan dengan Ucaptama oleh YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang Di-Pertua Dewan Negara seterusnya Sesi Forum 1: Kepimpinan Wanita: Satu Transisi Politik dan Forum 2: Belia Peduli Politik bersama ahli-ahli panel yang berwibawa. Hadirin boleh membuat pendaftaran melalui pautan http://bit.do/SimposiumParlimenMalaysia2021