JEMPUTAN MENYERTAI EMPOWERING WOMEN LEADERS CONFERENCE

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM menjemput pemimpin-pemimpin wanita muda untuk menyertai Empowering Women Leaders Conference anjuran Women Leadership Foundation (WLF). Persidangan yang julung kalinya dianjurkan oleh WLF dengan kerjasama Huawei Technologies Malaysia ini akan membawakan tema Leadership & Digitalisation: Honouring the Past, Valuing the Present, Shaping the Future.

Pendigitalan telah berjaya mengubah organisasi, ia mengubah landskap komersil dengan membuat keputusan berasaskan data, serta menyediakan pekerja dengan akses yang meluas kepada maklumat dan mewujudkan cara komunikasi baharu. Persidangan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada bakal pemimpin untuk terlibat dalam dialog bersama pemimpin-pemimpin hebat. Persidangan ini akan dianjurkan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 30 November 2021 (Selasa)
Masa : 8.30 – 5.00 petang (GMT+8)
Pendaftaran: https://forms.gle/JXHtSfjMER2Etexz6

Anda boleh mengikuti laman media sosial Instagram (@womenleadershipfoundation) dan Facebook (Women Leadership Foundation) untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dari semasa ke semasa.