JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DAN WOMEN LEADERSHIP FOUNDATION (WLF) SERTA FORUM TOKOH WANITA: KEPIMPINAN DAN CABARAN

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM akan menjalinkan satu lagi kerjasama strategik dengan Women Leadership Foundation (WLF) pada 15 Disember 2021 (Rabu) bertempat di Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori UKM. Jalinan ini bertujuan melahirkan pemimpin wanita yang kompeten serta meningkatkan penglibatan wanita sebagai pemimpin dalam kategori pembuat keputusan dan pembuat dasar. Bermula pada jam 2 petang, majlis akan dimulakan dengan Forum Tokoh Wanita: Kepimpinan dan Cabaran yang dibarisi oleh panel-panel berpengalaman iaitu:
1. YBhg. Datuk Zunaidah Idris
Pengerusi Tonggak Kepimpinan merangkap
Timbalan Pengerusi II,
Women Leadership Foundation (WLF).
2. YBhg. Prof. Elizabeth Lee
Ketua Pegawai Eksekutif,
Sunway Education Group.
3. Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh – Moderator
Pakar Perunding Kanan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM dan
Felo Utama Bersekutu, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM.
Majlis ini juga turut berlangsung secara atas talian melalui aplikasi Zoom dan facebook rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hadirin boleh mendaftar di pautan: https://tinyurl.com/MoUUKMandWLF2021
Semua dijemput hadir.