Jemputan Menyertai Ucaptama Majlis Wanita Negeri Selangor 2022

Hadirin dijemput untuk menyertai Ucaptama sesi libat urus Majlis Wanita Negeri Selangor 2022 bertemakan “Saksama Bersama: Mendepani Pasca-Pandemik” yang akan disampaikan oleh Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Yang Dipertua, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 25 Mac 2022 (Jumaat)
Masa : 8:00 pagi – 6:00 petang
Tempat : Bangi Resort Hotel, Bangi Selangor
Pautan : http://tiny.cc/daftarMANIS

Sesi anjuran Wanita Berdaya Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita Dan Keluarga Selangor ini dijalankan bagi memastikan halatuju pembangunan wanita di peringkat negeri Selangor yang inklusif dan mampan serta menambahbaik pelan tindakan Dasar Wanita Selangor 2017-2020.