Promosi Jualan Buku Keberanian Pelopor NCWO: Inspirasi Perjuangan Wanita Masa Kini

 

Jualan buku Keberanian Pelopor NCWO kini berlangsung! Mari dapatkannya dengan harga RM40 sahaja. Buku ini diterbitkan bersempena Sambutan Hari Wanita ke-60 anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bertujuan menghayati himpunan kisah perjuangan tokoh-tokoh pelopor NCWO dalam usaha awal penubuhan organisasi tersebut. Dapatkan naskah anda sekarang dengan menghubungi talian 03-8921 5795 (urusetia PKWTFH). Antara bab yang terkandung di dalam buku ini adalah:

Ibu-ibu Pengasas
1. Perintis Kebangkitan Wanita: Tan Sri Datin Hajah Kamsiah Abdul Majid
2. Jaguh Kemanusiaan: Datuk Datin Paduka Ruby Lee
3. Penggerak Organisasi: Puan Mahalakshmi Navaratnam A. M. N.
4. Duta Wanita Negara: Tan Sri Dato’ Lim Phaik Gan (P. G. Lim)
5. Iltizam Pemacu Generasi Muda: Puan Ranee Eliezer
6. Dedikasi Wanita Muda: Cik Agnes Chow
7. Aspirasi Kemajuan Wanita: Puan Mary Routh Buchanan
8. Suara NCWO: Datuk F. R. Bhupalan

Yang Di-Pertua NCWO
1. Menteri Wanita Pertama: Tun (Dr.) Fatimah Hashim (1965-1989)
2. Perisai Keselamatan Wanita: Tan Sri Datuk Paduka Sri Hajah Zaleha Ismail (1989-2003)
3. Wanita Besi Pencetus Transformasi: Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Sekalung Budi Sejambak Kasih
1. Dato’ Ramany Gurusamy
2. Puan Kamariah binti Haji Abdul Hamid
3. Cik Mahnum binti Manap