Program Bubur Lambuk Bangunan Tun Fatimah Hashim 2023

Pada 17 April 2023 yang lalu, berlangsungnya Program Agihan Bubur Lambuk Bangunan Tun Fatimah Hashim sempena Bulan Ramadan anjuran bersama Pusat Jaringan Industri & Komuniti, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim dan Pusat Pengurusan Akademik. Program turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin dan Pendaftar UKM, Dato’ Dr. Syed Kamarudin bin Sadakkuthulla.