Art For Life Festival Generasi 2019

Festival Generasi 2019 sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang telah diadakan pada 29 dan 30 April 2019 bertempat di Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia turut menganjurkan Art for Life yang bertujuan untuk mempamerkan hasil seni lukisan dan artistik dari pelukis-pelukis tempatan yang berbakat besar. Art for Life membawakan 5 artis yang sangat berbakat iaitu Zaim Durulaman, Norlisham Selamat, Amy Hashim, Elly Nor Suria dan Naim Hamidin untuk mempamerkan hasil lukisan masing-masing.

Art for Life juga mempamerkan koleksi seni yang unik daripada Dato ‘Jaffar Lamri yang juga merupakan Presiden Centre of Maritime Excellence. Pameran ini telah dirasmikan oleh YB Puan Nurul Izzah Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Selain pameran seni lukisan, Art for Life juga menganjurkan aktiviti menarik yang berteraskan seni lukisan dan artistik seperti bengkel kesenian kepada pengunjung bagi meghargai bakat-bakat pelukis tempatan dan menghayati konsep seni yang merupakan sebahagian daripada kehidupan dan menjadikannya lebih bermakna dan berwarna-warni.