Asia Pacific Urban Forum 7 (APUF7)
Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim menyertai Asia Pacific Urban Forum 7 (APUF7) yang berlangsung di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang bermula pada 14 hingga 17 Oktober 2019. Felo PKWTFH, Prof. Datin Dr. Ruzy Suliza Hashim menjadi panel dalam sesi Women’s Assembly bagi perbincangan bertajuk Gender Equality and Women’s Empowerment: A Transformative Pathway Towards a Sustainable Urban Development of Asia and Pacific Cities yang turut disertai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Hajjah Zuraida Kamaruddin.