Bengkel Netpreneur Usahawan Selangor

 

Pada 7 dan 8 November 2019, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya Selangor telah menganjurkan Bengkel Netpreneur Usahawan Selangor bertempat di Makmal Komputer, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Melalui bengkel yang disertai oleh usahawan-usahawan wanita ini, para peserta dapat memanfaatkan pengajaran pemasaran secara atas talian melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram, melakukan pembentangan mengenai produk-produk yang ingin ditawarkan serta mempelajari kaedah menangkap gambar produk secara profesional untuk tujuan promosi produk.