Bengkel Pembangunan Video Advokasi Kesihatan (PKW-2019-003)
Pada 18 September 2020 yang lalu, satu bengkel pembangunan video telah diadakan di bawah aktiviti Geran Penyelidikan Kursi Kepimpinan Wanita yang bertajuk Kajian Rintis KAP (Knowledge, Attitude and Practice) Pengetahuan, Sikap dan Amalan Ibu Bapa dan Golongan Profesional Terhadap Impak Kesihatan Female Genitalia Mutilation (FGM) (PKW-2019-003) yang diketuai oleh Pengarah PKWTFH, Prof. Dr. Dayang Anita Abdul Aziz. Pembangunan video advokasi mengenai kesedaran terhadap impak kesihatan amalan Female Genitalia Mutilation (FGM) akan dikongsi bersama pemegang taruh seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk melakukan hebahan kepada masyarakat umum.
Kajian: Kajian Rintis KAP (Knowledge, Attitude and Practice) Pengetahuan, Sikap dan Amalan Ibu Bapa dan Golongan Profesional Terhadap Impak Kesihatan Female Genitalia Mutilation (FGM) – (PKW-2019-003)
Ketua Penyelidik: Prof. Dr. Dayang Anita Abdul Aziz
Penyelidik bersama: Prof. Madya Dr. Norlaila binti Mustafa, Prof. Madya Dr. Ani Amelia binti Zainuddin, Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah binti Siraj @ Ramli, Prof. Madya Dr. Aznida Firzah binti Abdul Aziz, Prof. Dr. Zarina binti Abdul Latiff, Prof. Dr. Sharifa Ezat binti Wan Puteh, Dr. Nurhafilah binti Musa, Prof. Madya Dr. Mohd Al Adib bin Samuri, Prof. Madya Dr. Suzaily binti Wahab, Farah Nini Dusuki, Zakiah Mohd Said dan Fadhlina Sidek