Bengkel Pemurnian Buku Inklusiviti Gender (PKW-2020-002)

Pada 16 hingga 18 September 2020 yang lalu, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim telah mengadakan bengkel pemurnian Buku Inklusiviti Gender (PKW-2020-002) di Hotel Eco Tree, Melaka yang diketuai oleh ketua penyelidik, Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak. Turut hadir adalah Dr. Ely Salwana Mat Surin selaku penyelidik bersama bagi projek ini. Buku Inklusiviti Gender adalah himpunan hasil daripada prosiding Tun Fatimah Hashim Women Lead Conference 2018 serta kajian-kajianĀ daripada Geran Penyelidikan Kursi Kepimpinan Wanita 2018 yang telah dibahagikan kepada beberapa tema antaranya kepimpinan wanita, isu dan cabaran wanita, kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita.

Kajian: Buku Inklusiviti Gender (PKW-2020-002)
Ketua Penyelidik: Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak
Penyelidik bersama: Prof. Madya Dr. Jalaluddin Abdul Malik, Dr. Ely Salwana Mat Surin, Dr. Helen Tan Sui Hong, Mohamad Hidir Mohamed, Muhammad Azad Badrul Hisam