Bengkel Practices of Highly Successfull Leader for PBT

Bengkel Practices of Highly Successfull Leader for PBT telah diadakan pada 24 dan 25 September 2019 di daerah Sipitang, Sabah yang telah disertai oleh wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wanita dari pelbagai daerah negeri Sabah antaranya Kota Kinabalu, Kota Belud, Kinabatangan, Papar, Tongod, Beluran dan Beaufort. Program kepimpinan wanita ini adalah anjuran Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah.

Antara penceramah yang turut serta menyampaikan modul masing-masing adalah:

  1. Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak (Pengarah, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim)
  2. Prof. Dr. Aini Aman (Pengarah, Centre of Global Business and Digital Economy, UKM)
  3. Prof. Madya Dr. Muhammad Idris Bulari @ Bahari (Ketua Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, UMS)
  4. En. Rajan Munusamy (Timbalan Pengerusi, Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam Malaysia)