Bicara Jubli Emas Siri 3: Srikandi UKM Memacu Kecemerlangan

Pada 8 Julai 2020 yang lalu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim UKM mengadakan program bicara yang bertajuk Bicara Jubli Emas UKM Siri 3 : Srikandi UKM Memacu Kecemerlangan. Program tersebut bermula pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari menggunakan platform aplikasi zoom dan juga FB Live. Program ini menampilkan wanita-wanita hebat yang berpengaruh di Malaysia untuk membincangkan topik pemerkasaan wanita dalam kalangan warga UKM. Antaranya adalah Prof Emerita Tan Sri Dato’ Seri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Tan Sri Jemilah Mahmood, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj Siraj dan sudah tentu tidak asing lagi Prof Datin Dr. Norizan Abdul Razak sebagai moderator program bicara ini.