“Bicara Tanpa Suara” Perspektif Gender dalam Pengurusan Banjir

Nama Program :      Siri Wacana Tun Fatimah Hashim Bil. 1/2015

Tajuk                 :      “Bicara Tanpa Suara” Perspektif Gender dalam Pengurusan Banjir

Tarikh                :      21 Januari 2015 (Rabu)

Pembentang      :  Prof. Madya Dr. Madeline Berma, Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim

Banjir 2014 menyaksikan bencana yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Pengurusan banjir yang efektif merupakan kunci kepada pengurangan risiko dan langkah yang tepat dalam membangunkan kembali kawasan selepas banjir.“Malaysia secara khususnya mempunyai panduan khas yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagaimana ARAHAN MKN No.20 (Sila lihat Lampiran A)…Di samping itu juga pihak Majlis Tindakan Bencana Negara (MTBN) melalui “Peraturan Tetap Operasi Bencana Banjir” turut menggariskan Sistem Pengurusan Bersepadu bagi menyelaras tindakan bersama semua agensi yang terlibat dalam pengurusan sesuatu kejadian bencana. Tindakan bersama dalam mewujudkan hubungan yang harmoni di kalangan agensi-agensi terlibat untuk menangani serta memulihkan keadaan kembali kepada sediakala (normalcy)”. DSP Shaikh Abdul Adzis b. Shaikh Abdullah (2004). Bagaimanapun, adakah dalam dasar pengurusan banjir sedia ada, kita telah mewujudkan kaedah yang berkesan mengikut gender? Sehubungan itu, pembentang tidak menolak hipotesis bahawa wanita dan lelaki melihat pengurusan banjir daripada kaca mata yang berasingan. Berdasarkan ini, pembentang menggunakan tiga isu asas iaitu (i) Adakah banjir meninggalkan impak yang sama terhadap wanita dan lelaki?  (ii) Adakah banjir dapat meningkatkan dan memperbaiki kapasiti (status, ilmu, kemahiran, sumber, jaringan dan kerjasama) sedia ada?  dan (iii) bagaimana banjir meninggalkan kesan kepada wanita dari segi kapasiti, ketahanan dan keterdedahan terhadap ancaman? Metod diambil oleh pembentang adalah pemerhatian, pengalaman dan hubung rapat penulis dengan mangsa di kawasan bencana semasa misi bantuan banjir 2014. Pembentang percaya penulisan ini akan menjadi anjakan kepada penggubalan panduan pengurusan banjir yang turut mengambil penting sensitiviti gender.  Dengan itu, perkongsian ini mampu membuka kekangan bacaan ilmiah kepada skop luas dan menjadi sebuah instrumen kesedaran kepada wanita, lelaki, kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta dan masyarakat keseluruhannya.

mac3 mac2 mac1 mac

Baca Selanjutnya:

UKM News:  Wanita Tanggung Beban Bencana Banjir Lebih Daripada Lelaki