Festival Generasi 2019
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019
Festival Generasi 2019
Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim akan menganjurkan program Leadership Walk, iaitu satu acara berjalan secara santai bersama para pemimpin yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. PKWTFH juga turut membawakan khas Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar untuk turut sama menyertai acara ini. Program ini akan berlangsung pada 30 Mac 2019 di Pusanika, UKM. Pendaftaran adalah secara percuma!
Daftarlah sekarang di pautan: https://www.eventbrite.com/e/leadership-walk-women-internat…
Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim dengan kerjasama GFest juga akan menganjurkan Forum Bicara Wanita Cemerlang yang dibarisi oleh panelis-panelis berwibawa seperti:
1. Prof. Dr. Hamidin Abd Hamid (Kepimpinan Politik Wanita)
– Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL)
- Prof. Dr. Yang Farina Abdul Aziz (Profesor Kimia Menakluki Kilimanjaro)
– Profesor Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pendaki Wanita yang berjaya menawan Gunung Kilimanjaro, Afrika
- Datin Ira Ghani (Wanita dan Keusahawanan)
– Pengarah Eksekutif Pembangunan Keusahawanan, Yayasan Peneraju Keusahawanan Bumiputera
- Puan Saliza Abdullah (Berani Membanteras Keganasan Wanita)
– Pengarah Urusan Kumpulan, BG Capital Holdings Sdn. Bhd.
- Puan Zaidah Ishak (Pelumba Kereta Laju Wanita Negara)
– Ketua Pegawai Eksekutif, ZMI Maintenance Services dan Pelumba Kereta Laju Wanita Negara
Forum Bicara Wanita Cemerlang akan berlangsung pada 29 Mac 2019 bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Aras 6, Pusanika, UKM. Semua dijemput hadir!