Infografik – Cabaran dan Peranan Wanita di Negara

 

CABARAN DAN PERANAN WANITA DI NEGARA

Cabaran pertama ialah untuk balance komitmen kerjaya dan juga keluarga. Memerlukan bantuan dan sokongan suami dan keluarga supaya dapat menyumbang dengan lebih baik dan produktif ditempat kerja. Hal ini kerana, Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Jumlah Tenaga Buruh keseluruhan ialah sebanyak 15.53 juta iaitu 6.06 juta terdiri daripada golongan wanita dan 9.47 juta daripada golongan lelaki. Malahan, Kadar Penyertaan Tenaga Buruh pada suku pertama tahun 2019 telah meningkat sebanyak 68.7% (2019) berbanding 68.6% (2018). Melalui kadar tersebut kadar penyertaan tenaga buruh untuk wanita juga turut meningkat dari 55.6% (2018) kepada 55.7% (2019).

Cabaran kedua ialah sokongan untuk penjagaan anak terutama bayi. Kos di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak /Childcare Centre yang sedia ada masih mahal. Malahan, Pusat Penjagaan Kanak-Kanak/ Chlildcare Centre yang berdekatan tempat kerja masih kurang bagi membantu memudahkan para ibu meneruskan usaha penyusuan bayi. Namun, Pusat Penjagaan Kanak-kanak/Childcare Centre itu sendiri juga mempunyai cabaran iaitu tidak mempunyai kakitangan terlatih yang mencukupi dan mempunyai pensijilan untuk menjaga bayi. Ini penting supaya para ibu lebih tenteram dan percaya untuk meninggalkan bayi mereka. Bilangan TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Februari 2019 adalah sebanyak 4, 497 buah keseluruhan.

Cabaran ketiga ialah public stereotyping yang masih ragu-ragu apabila wanita menjadi pemimpin. Masih ramai yang tidak mempercayai keupayaan wanita untuk menjadi pemimpin di tempat kerja organisasi dan di dalam politik. Peratusan wanita masih jauh ketinggalan. Gender parity ini masih jauh di situ tidak ada kesaksamaan gender lelaki dan wanita di malaysia ini memerlukan lebih inisiative untuk merapatkannya. Pada tahun 2018, seramai 1,010 ataupun 15.7 peratus daripada jumlah 6,245 kerusi anggota lembaga pengarah di semua syarikat tersenarai awam diisi oleh wanita (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat). Malahan, dalam 100 syarikat tersenarai awam teratas, penyertaan wanita sebagai anggota lembaga pengarah telah meningkat kepada 24.4 peratus pada tahun 2018.