Jemputan Menyertai Webinar Kepimpinan Wanita PKWTFH SIRI 2/2024: Inspirasikan Inklusi – Saintis Wanita Kemudi Cabaran Penyelidikan Marin

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR KEPIMPINAN PKWTFH SIRI 2/2024

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM akan mengadakan Webinar Kepimpinan PKWTFH Siri 2/2024 bertajuk Inspirasikan Inklusi – Saintis Wanita Kemudi Cabaran Penyelidikan Marin secara dalam talian bagi berkongsi pengalaman mengenai penglibatan wanita dalam bidang Penyelidikan Sains Marin serta inspirasi kepada wanita khususnya golongan muda bagi menceburi bidang ini. Siri webinar akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 11 Jun 2024 (Selasa)
Masa: 10.00 – 11.00 pagi
Pautan: http://tinyurl.com/webinarkepimpinanSiri2-2024

Penceramah:
Prof. Madya Dr. Roswati Md. Amin
Pensyarah Kanan
Fakulti Sains & Sekitaran Marin
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Moderator:
Prof. Ir. Dr. Norhana Arsad
Ketua
Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina &
Felo Bersekutu PKWTFH

Penyertaan adalah percuma. Peserta yang mengikuti webinar akan diberikan jam UrusBakat (bagi kakitangan UKM) dan e-sijil penyertaan webinar. Sila imbas kod QR yang tertera atau layari pautan http://tinyurl.com/webinarkepimpinanSiri2-2024