JEMPUTAN WEBINAR AMALAN MESRA KANAK-KANAK DI SEKOLAH SIRI 3

Webinar Siri 3 Amalan Mesra Kanak-Kanak di Sekolah diteruskan lagi. Webinar ini akan berlangsung pada 7 September 2021 pada jam 2.30 petang. Penceramah bagi webinar pada kali ini adalah:

1. Prof. Madya Dr. Suzaily Wahab.
Tajuk: Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Pelajar di Sekolah.
2. Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin.
Tajuk: Amalan Mesra Untuk Keselamatan Siber Kanak-Kanak.
Moderator:
Profesor Dr. Zarina Abdul Latiff; Pakar Perunding Kanan Pediatrik UKM dan Pengerusi Bersama JK Kesihatan NCWO.
Webinar Amalan Mesra Kanak-Kanak di Sekolah ini terdiri dari 3 siri Webinar dan ini adalah siri terakhir. Amalan yang dikongsikan sesuai untuk semua golongan kanak-kanak iaitu sesuai untuk guru-guru prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Ibubapa dan orang awam dijemput hadir.
Sila daftar di pautan https://tinyurl.com/kanak2sekolah2 untuk memastikan kehadiran anda direkodkan dan memudahkan urusan e-sijil penyertaan. Jangan lepaskan peluang bersama dalam talian dan di FB Live Fakulti Perubatan UKM.