Kolokium Penyelidikan Kursi Kepimpinan Wanita 2020
Pada 30 Jun dan 1 Julai 2020 yang lalu, satu persidangan Kolokium Penyelidikan Kursi Kepimpinan Wanita telah berlangsung atas talian menerusi platform aplikasi ZOOM, bermula pada pukul 8:30 pagi (waktu Malaysia). Kolokium tersebut dijayakan dengan pembentangan hasil laporan kemajuan oleh setiap ketua penyelidik bagi penyelidikan masing-masing. Berikut adalah tajuk penyelidikan yang telah didaftarkan ke dalam sistem maklumat penyelidikan UKM:
- Gangguan seksual di tempat kerja dalam kalangan wanita ASEAN: Kajian Perbandingan implikasi polisi (dibentangkan oleh Norshita Binti Mat Nayan).
- Wanita dan persekitaran kerja dalam bidang STEM (dibentangkan oleh Norain Binti Mod Asri).
- Kajian Rintis KAP (Knowledge, Attitude and Practice) Pengetahuan, Sikap dan Amalan Ibubapa dan golongan professional terhadap Impak Kesihatan Female Genitalia Mutilation (FGM)(dibentangkan oleh Dayang Anita Binti Abdul Aziz)
- Postpartum depression prevalence and literacy among Malaysian postpartum mothers in Kuala Lumpur (dibentangkan Mohd ‘Izzuddin Bin Hairol).
- Pencapaian Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan di Malaysia (dibentangkan oleh Norasmah Bt. Othman).
- Kesaksamaan Gender Dalam Kabinet Kerajaan Malaysia – Cabaran, Strategi dan Implikasi (dibentangkan Intan Maiza Binti Abd Rahman).
- Women Investors Blockchain Digital Guideline Platform (dibentangkan oleh Kalaivani A/P Chellappan).
- Halangan dan Kekangan Usahawan Wanita Dalam Mendapatkan Geran Peruntukan dlam Bidang Perniagaan (Wan Rosmanira Ismail).
- Model Intervensi Keganasan Terhadap Wanita: Kesejahteraan Psikologi, Keselamatan dan Sokongan Sosial (dibentangkan oleh Norhayati Binti Mohd Noor).