Kunjung hormat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kunjung hormat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 23 Mac 2018. Perbincangan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JKM, Encik Mohd Fazari Mohd Salleh. Delegasi dari PKWTFH pula diketuai oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak. Beberapa perkara telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak bagi mempersiapkan kementerian dan negara untuk berdepan dengan beberapa kemungkinan yang mendatang terutama dalam CEDAW dan CSW. Semoga hubungan yang terjalin bertambah erat dan akan lebih menyumbang kepada masyarakat dan negara.