Kunjung Hormat Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO)

Pada 22 September yang lalu, Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) Prof. Dr. Dayang Anita Abdul Aziz bersama Puan Nurul Idiani Azmi Bazir selaku pegawai PKWTFH telah menghadiri mesyuarat perbincangan bersama Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin bersama beberapa orang wakil dari NCWO.

Perjumpaan ini bertujuan untuk memperkukuh inovasi dan meluaskan jaringan kerjasama antara PKWTFH dan NCWO dalam usaha memperkasa dan memberdaya wanita khususnya. Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh dan Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin selaku felo PKWTFH.