Ramah Mesra bersama Pengarah Pusat Siswazah UKM

Pada 25 September 2020 lalu telah diadakan Perjumpaan Ramah Mesra antara Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH), Prof. Dr. Dayang Anita Abdul Aziz dengan Pengarah Pusat Siswazah UKM, YBhg Prof. Dr. Sarani Zakaria. Kedua-dua Pengarah bertukar-tukar pendapat dan pandangan untuk potensi kerjasama antara kedua-dua pusat yang lebih erat dalam bidang penyelidikan dan program kepimpinan akademia wanita dan para siswi di Universiti Kebangsaan Malaysia serta keperluan jaringan kebangsaan dan antarabangsa.