Kunjung Hormat YB Nurul Izzah Anwar ke PKWTFH

Pada pagi ini Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim menerima kunjungan hormat daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar sambil disambut oleh Pengarah PKWTFH, Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak, Timbalan Pengarah, Prof. Madya Dr. Jamaluddin Aziz, felo penyelidik serta staf PKWTFH.

Kunjungan ini bagi membincangkan kolaborasi yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan dalam usaha memperkasakan wanita di negara ini.