Leadership Walk

Pada 30 Mac 2019 yang lalu, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim telah menganjurkan acara Leadership Walk bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 di Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia. Acara berjalan santai mengelilingi kawasan sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar serta beberapa pemimpin lain antaranya Tuan Haji Abd. Razak Hussein (Pendaftar UKM), Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak (Pengarah PKWTFH), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pensyarah UKM). Acara ini juga telah disertai oleh lebih 400 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Acara dimulakan dengan sesi senamrobik di dataran Pusanika sebelum acara Leadership Walk dimulakan. YB Nurul Izzah Anwar juga berkesempatan untuk merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa dan Festival Generasi: Art for Life.